Sunday 2 December 2012

Kampung Saya

Isikan tempat kosong dalam karangan di bawah dengan perkataan kamu sendiri Kampung Saya Nama kampung saya ialah_____________________________________________. Kampuns saya terletak dalam bandar______________________ di negeri ________________________. Kampung saya mengambil nama sempena________________________________________________________________________________Penduduk kampung saya berkerja sebagai______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Penduduk kampung saya sentiasa_________________.Kami hidup______________________. Penduduk kampung saya____________________________membersihkan kawasan kampung dan____________________.Di kampunga saya ada sebuah_______________________, dan_______________________ untuk kemudahan anak-anak kampung bersekolah. Saya_____________________________________________________________________dan bangga___________________________________________________________________________.

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN PADA 10.7.2012

Antara barisan guru-guru sebelum pelancaran ceria dan bersemangat
Selepas majlis pelancaran di dewan sekolah seluruh warga sekolah bergerak ke padang sekolah

Thursday 29 November 2012

Panduan menulis karangan yang baik 1. Baca soalan dan fahami 2. Buat catatan sebelum mula menulis 3. Guna peta minda, Bila, siapa, di mana, kenapa, berapa, dan yang terakhir asekali tulis perasaan/harapan. Setelah eselesai menulis karangan pastikan tanda baca, seperti huruf besar, huruf kecil dan struktur ayat anda betul.
Latihan Penulisan Pilih salah satu tajuk di bawah dan tulislah sebuah karangan yang panjangnya kira-kira 80-120 patah perkataan 1. "Saya Sebuah Basikal" 2. "Keluarga Saya" 3. "Faedah Membaca"

Wednesday 21 November 2012

Jenis-Jenis Karangan

Penulisan  karangan   di  Tahap  Dua Terbahagi Kepada  dua
1. Karangan  Berformat
2. Karangan Tidak  Berformat

Berformat
Surat kiriman   rasmi
Surat  Kiriman  Tidak Rasmi
Catatan
Perbualan
Berita
Laporan
Ucapan
Syarahan

Tidak Berformat
Cerita
Menyambung cerita
Peribahasa
Fakta




Friday 16 November 2012

Semut dan Burung Merpati

Semut dan Burung Merpati Pada suatu hari Ahad yang cerah, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Belalang dan Lebah

Belalang dan Lebah Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. “ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Saturday 13 October 2012

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4

Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu SK Tahun 4
2
MATLAMAT
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan formal;
ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara;
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan
menulis;
vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul;
viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis;
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Tuesday 11 September 2012

catatan harian

Hari ini merupakan hari kedua UPSR, murid-murid tahun 6 menduduki UPSR.Diharapkan semua murid dapat menjawab semua soalan matematik.Mudah-mudahan murid beroleh kejayaan yang cemerlang.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SK.Bukit Lalang dan para ibu bapa murid tahun 6 yang terlibat dalam program bacaan Yassin bermula kelmarin.

Monday 10 September 2012

Catatan harian

Salam sejahtera hari ini anak-anak didik tahun 6 mula menduduki UPSR, para guru dan ibu bapa murid mendoakan agar  semua murid dapat menjawab dengan tenang dan  seterusnya membuahkan kejayaan untuk mengharumkan nama sekolah, keluarga dan daerah.